Wednesday, November 18, 2009

Bermesra dengan dunia 'cyber'

Komputer dah ada, internet pun dah ada. Apalagi?
Jawab nya " Macam-macam Adaaa" :-D.


Dunia cyber ni terlalu banyak maklumat yang kita boleh perolehi.Bukan saja untuk orang yang bekerja, student,korporat,malah surirumah juga.
Untuk kita para wanita juga melimpah2 maklumat2 yang ada di dunia cyber ini.
Sebut saja apa, tips kecantikan?penjagaan anak2?atau fesyen?rumahtangga?
Resepi?Hiburan? Buku2 motivasi?
Agama?

Pendapatan tambahan?

Waduhh bnyk sekali kalau nak di senaraikan.


Ada banyak website yang berinformasi utk kita klik dan baca isi di dalamnya.
Kalau anda selalu melawat blog saya ni, InsyaAllah saya akan berikan dari masa ke semasa laman web-laman web yang menarik utk kita semua lawati.

Buat permulaan...nak berita di hujung jari anda?
Senang je, boleh baca paper online. Saya mulanya terkejut juga kerana masih ramai kawan2 saya tak tau yang ada 'suratkhabar online'. Tapi itulah realitinya...masih ramai yang kurang terdedah dengan informasi yang boleh didapati dengan mudah saja di alam cyber ni.

Sebagai contoh,harini saya nak bagitau salah satu suratkhabar yang kita boleh baca secara online iaitu Utusan Malaysia.
anda boleh membacanya setiap hari di www.utusan.com.my.

Apa yang menariknya untuk saya kongsikan di sini ialah,
cthnya:
Hari ini anda beli di kedai runcit mamak suratkhabar Utusan Malaysia senaskhah.
bawa balik rumah atau office dan baca.
So semua informasi terkini (iaitu berita yang keluar semalam)..anda dah baca.
Yelah kalau berita keluar harini mana sempat nak cetak betul tak?

Tetapi jika anda rajin2kan diri baca online (dan jimat RM1.20 setiap hari) anda akan dapat banyak berita yang lebih terkini.

Contohnya cuba tgk 'screen shot' yang saya ambil di bawah ni. (sila klik pada gambar tersebut utk besarkan imej supaya anda dapat lihat dengan lebih jelas.)

Dalam bulatan merah besar tu ialah berita2 terkini yang sedang masuk.
Paling terkini ialah jam 9.28pm.
Dalam bulatan kecil pula ialah waktu di komputer saya ketika saya sedang membaca akhbar ini.Iaitu jam 9.33pm.

Haaa tengok, fresh betul berita tu..baru 5 minit :-).


Kalau ketika itu tengah bnyk berita hangat, mmg mudah kita dapat update dari masa ke semasa dgn mudah dan pantas.

So,
cuba2 lah baca suratkhabar online harini okayyy.

Nak lebih banyak pilihan boleh tengok di sebelah kanan blog saya ada senarai2 akhbar lain yang boleh anda baca dengan menjebakkan diri anda ke alam cyber ini :-D.

Selamat membaca dgn berita2 yang up to date!

Monday, November 16, 2009

Internet, Dulu, Kini, dan Akan Datang...

Bertemu kembali :-)

Saya nak tulis sedikit di sini mengenai internet pula.

Sekali lagi kpd pembaca2 yang advance..pesanan untuk anda, saya tak kan tulis terlalu tekinikal di sini.

Saya suka menerangkan 'kisah internet' ini kpd kawan2.
Kita ambil tau serba sedikit apa itu Internet okayy?:-D

Sekadar nak memberi pengenalan mengenai talian internet kepada mummy2 semua.
Dari zaman pakai dial-up ingat tak..bunyi macam telefon masa nak dapatkan talian sampailah sekarang ada Broadband, WiFi, WiMax (potonggg je lah! :-D)

Secara amnya, Internet (singkatan perkataan bahasa Inggeris; inter-network) Rangkaian Pada Rangkaian yang menghubungkan berjuta-juta komputer di dunia.(sangat besar kan rangkaian ini?)

Ia adalah sebuah jaringan komputer yang terdiri dari berbagai macam ukuran & jenis jaringan komputer di seluruh dunia.
Jaringan2 ini berhubung & berkomunikasi antara satu sama lain melalui telefon & satelit menggunakan satu aturan(standard) yang dinamakan TCP/IP.
(TCP/IP adalah salah satu jenis protokol yg menghubungkan kumpulan komputer untuk berkomunikasi dan bertukar data didalam suatu network jaringan).
Dengan adanya internet maka kita dapat berkomunikasi dan bertukar maklumat antara individu dan manusia sejagat di seluruh dunia.


Bagaimana nak mendapatkan internet ini?

1) Mestilah ada Komputer (PC) atau laptop ke

2) Sesetengah handphone skrg juga boleh digunakan, begitu juga dengan palmtop atau PDA.
3) Modem-sama ada internal atau external

4) sambungan telefon

5) Internet Service Provider (ISP), cthnya seperti TM net, Celcom, Maxis dan beberapa lagi nama.


Opps...yang no.4 tu ~ sambungan telefon.
seiring dengan zaman yang semakin canggih dan 'very high-end' technology ni, mgkn juga anda sudah tidak perlu menggunakan talian telefon lagi.


Ok,

secara mudahnya perkembangan internet semasa mula saya kenal dulu (time belajar) sehingga kini ialah spt di bawah ni.


Dial-up ---> Broadband ----> Wireless Broadband & Wifi----> WiMax
~

Dial-up

~ Ia menggunakan talian telefon.
Setiap kali nak connect dengan internet ada nada bunyi dail..truutttt,eeeeiiiiiittt,ngiittttt :-D. Dan kalau tengah guna internet, maka telefon tak boleh nak guna.Sebab wayar telefon tu dicucuk pada CPU kita huhuhu.


Broadband(jalur lebar) boleh terbahagi kepada 2 iaitu:-
~
menggunakan homeline atau talian telefon tetap (cthnya Streamyx broadband -provided by Tm Net).

Mesti ada modem.Yang pasti mudah saja, on kan saja PC anda..terus boleh connect dengan internet. Antara contoh modem dan router:-

~ atau wireless broadband menggunakan talian telefon selular (Celcom, Maxis, Digi dan beberapa nama lagi..)


Wifi Vs WiMax

Wifi & WiMax ialah teknologi tanpa wayar(wireless) utk akses ke internet.
Nampak macam sama tapi tak serupa :-)
~ WiFi

WiFi ni lebih kepada penggunaannya utk menyambungkan komputer2 dalam jarak yang dekat seperti komputer2 dalam rumah kita,(tak kiralah kalau mummy guna PC, daddy guna palmtop, dan anak2 guna laptop ianya boleh dihubungkan ketika semua nak akses internet dalam rumah).
Begitu juga kemudahan WiFi di kafe2 siber atau Kopitiam cthnya.
Atau mana2 tempat yang kita nampak ada simbol WiFi.Maknanya kita boleh akses internet di kawasan tersebut.




~ WiMax
WiMax pula jauh lebih laju, sangat luas liputannya dan boleh digunakan lebih ramai orang dengan jarak2 yang lebih jauh.

Maksudnya ia boleh menghubungkan komputer dan internet ini sehingga meliputi sesebuah negeri atau negara.
Tentunya anda pernah melihat iklan salah satu syarikat di Malaysia yang menyediakan perkhidmatan WiMax di Malaysia iaitu P1 WiMax yang amat mencuit hati :-D




Di rumah saya mempunyai

~ Streamyx Broadband dengan menggunakan wireless modem cum router, di mana saya telah membina WiFi di rumah saya dan boleh mengakses internet sama ada di dalam bilik, di ruang tamu atau di luar balkoni.

~ Dan saya boleh menggunakan internet sama ada melalui PC saya, atau laptop, malah PDA saya juga :-)


Untuk travel, antara yang saya gunakan utk mengakses internet ialah

~ Celcom Broadband yang disambungkan ke USB port di laptop saya.
~ Atau dial-up modem dari handphone 3G saya (jenis nokia), dan sambungkan ke port usb nya ke laptop.

~ Menggunakan PDA saya yang berteknologi HSDPA / 3.5G utk mengakses internet di kawasan2 yang ada WiFi.



Anda pula bagaimana? :-)

Thursday, November 12, 2009

Peralatan komputer yang pernah daku gunakan


Dalam post yang sebelum ni saya ada sebut Save File dalam Disket.

Zaman dolu-dolu memang guna disket ni, mula2 hitam..lepas tu ada macam2 kaler.
Dulu2 kalau size dokumen besar nak save dalam disket tak boleh, kena pulak save dalam disket nombor 2.bukan besar mana pun kadang2 1MB je aiyakk :-D. Tapi kalau zaman yang lebih awal lagi dari zaman saya tu, pernah juga tgk saiz disket nya lagi besar, besar pinggan lah jugak.Macam yang gambar kat bawah ni yang saya pernah guna dulu, saiz sebesar piring dah.. maju sket lah masa tu eheh.

Tapi sekarang saya dah tak guna lagi disket ni. Nak save file atau documen mudah je, dekat key-chain pun boleh sangkut :-). Saiz makin tecit2 and ringan(tp berkuasa tau)..iaitu USB pen drive,ada org panggil thumb drive,yang penting maksud dia tu difahami sebagai alat utk kita menyimpan data2 didalamnya.Tak kiralah dokumen ke, foto ke, video ke atau apa saja file dari komputer yang kita nak simpan utk pelbagai tujuan. Bentuknya lebih kurang kat bawah ni.




Ada lagi yang canggih gitu skrg ni, mcm2 bentuk, cute2 design yang ada di pasaran utk USB ni.Semuanya bukan setakat comel, malah size kapasiti utk menyimpan file2 didalam nya juga besar, bulan Megabytes(MB) lagi dah..sekarang bnyk dah yang Gigabytes(GB).
Bentuk mcm chewing gum Extra..nyum2.

Yang ni pulak sebijik macam lipstick Maybelline saya hahahah!



Komputer pulak camana?

Masa dekat matrikulasi college dulu saya gunakan yang kat bawah ni. CPU (central processing unit) nya jenis melintang bawah Monitor.


Bila dah masuk U, saya beli komputer guna loan PTPTN. Harga masa tu dalam RM1800. Kira korbankan satu semester nya bajet gak lah. ABih camno?takde komputer tak boleh buat kojo eden ni haa :-D. Komputer ni CPU nyer jenis berdiri. Bentuk monitor masih hampir sama lagi.



Sekarang ni masa tengah menaip ni, model komputer saya ialah HP. Bentuk monitor tak macam dulu,macam2 kotak2.ia lebih nipis..dipanngil LCD skrin. Teknologi sekarang mmg berkembang pesat. Kita jangan ketinggalan tau! :-)
Nilah komputer kesayangan ku sekarang. Walaupun saya ada juga laptop utk kegunaan semasa travel di luar, tp yang ni lah yang sayang sgt.


Akan datang nanti tak tau lah macamana bentuk komputer atau PC (personal computer) ni.
Mgkn tak lama lagi keyboard jadi hiasan je, sebab sekarang dah mula ada Touch Screen.tekan2 terus kat skrin komputer tu ehehe.
Sama gak macam komputer dulu2 yang lama2 tu, agaknya dibuang begitu saja kot. Hantar gi scrap. Yelah tak kan nak simpan wat tukun kan. Kalau ada satu yang lama bolehlah simpan wat kenangan.Macam saya simpan lagi komputer yang diguna zaman belajar dulu. Ada satu je bolehlah wat kenangan2 guna duit loan.

Pada yang ada bnyk komputer lama tu,nak simpan camana ekk?
Apa kata buat hiasan pokok bunga ehehehe...kreatif jangan tak kreatif :-D.


Bila aku berkenalan dengan...

Okay,
bersambung kembali.

pada yang arif tentang IT,atau mengenai komputer & aplikasinya, mahupun dunia cyber di internet..pesanan utk anda sudah tentunya saya tak kan menulis di blog ni mengenai pengaturcaraan(programming), kod HTML, membaiki perkakasan (hardware) dan lain2 perkara yang lebih teknikal.Kesian mummy2 kita tu betul tak?

Kita teroka dengan lebih santai dan menarik,serta mudah difahami okayyy :-D.

Oh ya, mungkin boleh cerita juga tentang diri saya sendiri dulu.Macamanan saya berkenalan dengan dunia IT ni.

Dulu masa zaman sekolah masa tu baru2 nak diperkenalkan dengan internet.Saya mmg blur (dan takut2).Komputer pun tak pernah guna. Berbanding dengan segelintir kawan2 saya (yang pd ketika itu boleh dikatakan lebih bekemampuan keluarganya)...mereka sudah pergi ke kelas komputer. Belajar menaip menggunakan perisian Microsoft Word, buat surat dan sebagainya.
Teringat lagi masa pergi ke rumah kawan saya ni, lajunya dia menaip! Saya nak pegang2 keyboard pun takut.
Itu baru cerita guna komputer saja, belum lagi internet nya.

Lepas tu saya teruskan pelajaran di salah sebuah Kolej Matrikulasi Sains. Di situ adalah beberapa kali belajar subjek komputer ni.Masa masuk dalam lab(makmal komputer), masing2 duduk depan komputer ( 1 komputer share dalam 2-3 org gitu).
Kami diberikan hand-out(ala-ala buku manual) utk buat latihan.

Memang terkial2. Daripada on kan cpu, on kan computer, bukak perisian dan mcm2 lagi.
Antara latihannya ialah menggunakan Microsof Word.
Saya masih ingat lagi kami ikut satu2 dalam manual tu,Open File, menaip gunakan tulisan jenis apa, langkau berapa baris.Kemudian berikan tajuk dokumen,selepas tu belajar Save File.
Masa tu pakai disket lagi.Save dalam disket.

Fuhh masa buat tu mmg takut2, yelah tak pernah guna komputer betul2, pegang mouse pun terkial2.
Masa tu ada seorang kawan kelas saya ni yang mahir.Dia anak seoarang pakar perbidanan (O & G). saya terfikir waktu itu, tentunya keluarga dia kaya dan dia berpeluang belajar komputer.Tapi yang bestnya..dia tak lokek ilmu. Setakat cikgu kami suruh buat file dalam Word..alahai kacang goreng celah gigi je utk dia. So masa yang lebih tu dia ajar kami semua.

Saya rasa selain faktor sosioekonomi family, mgkn juga faktor backgrund family itu sendiri.Macam kawan2 saya yang lebih advance dengan komputer masa tu kebanyakkannya jika bukan keluarga mereka lebih mewah, maka dia adalah anak bongsu, dimana ada kakak2 dan abang2 yang lebih advance sebagai contoh dan ikutan.Berbanding saya masa tu ialah anak sulung.dan mak ayah juga orang biasa2 serta tidak hingga ke peringat pelajaran yang tinggi.

Tapi takpe,
kalau tak belajar sampai bila nak tau kan.

Kalau takut2 nak pegang komputer tu, cuba mulakan harini..lap2 dulu ke tepi2 meja tu, lepas tu lap habuk2 dekat komputer, pegang2 mouse, tekan2 key-board.bagi panas badan dulu. Nak exercise ni, kenalah 'warm-up' kan? :-D


Mummy,Ibu,Mama,Ummi,Mak....dan dunia IT

Assalammualaikum & Salam sejahtera semua

Blog ini dibina untuk berkongsi pengalaman saya dalam dunia cyber ataupun dunia IT yang selalu orang dok sebut2 tu.Memandangkan masih kurang golongan wanita kurang mahir dengan dunia IT. Malah ada yang masih takut2 nak guna komputer (minta tolong anak buatkan). Yang saya maksudkan golongan ibu2 ni. Yelah sibuk dengan rumah lagi, anak2, suami,kerja dan lain2.Mana lah sempat nak godek2 kan eheheh.

Walaubagaimanapun jika dibandingkan dengan dahulu, kini semakin ramai wanita yang terdedah dengan dunia IT atau jadi member2 di alam cyber. Ada rakan2 nak chatting dan sebagainya. Malah tak kurang juga yang menjana pendapatan melalui internet dengan berniaga produk2 jualan seperti kecantikan & kesihatan, tudung, kain2 dsbgnya. Ataupun mungkin sekadar mencari maklumat.

Ikuti blog Mummy Cyber utk kita terokai bersama sedikit demi sedikit apa yang ada dalam dunia IT ni.

2 perkara pastinya terlibat iaitu Komputer + Internet!!!

Jumpa lagi! :-)