Saturday, October 11, 2014

Bila anak minta..

Dia pun nak muka kartun dia sendiri
Tapi nak yang comel2,pipi merah pakai blusher.
Konon2 doodle dia lah ni haha.

Ni pic my princess masa umur dia 2 tahun. :)


Tuesday, October 7, 2014

Beli RM10,dapat RM100!!!

Tajuk tak menahan gempak!Haha.Siapa tak nak bayar seploh hengget dapat serratusss hengget kan?

Ada ke?

Ada..

.
.
.
.
.
.



Tadaaaa....fridge magnet note RM100,dijual dengan harga RM10.hehehehe.

Lokasi kedai?
Parking kereta atas bukit dulu.Lepas tu panjat sampai ketinggian 276 meter atau 920 kaki dari atas tanah tadi.Tinggi kan?Owh sebelum naik ke atas tu pun kena bayar yea..bukan free.
Kat mana nih?

KL Tower lah...kat floor observation deck :). Situ ada banyak kedai2 jual souvenir.Note ringgit malaysia dah tentu tarikan untuk pelancong luar membeli sebagai kenang-kenangan dah sampai Malaysia.Pelancong tempatan macam i pun boleh juga kan,kan kan?Baru2 ni ke sana bawak tuan puteri cik kak Fitrah jalan2 cuti sekolah pendek seminggu(Esoknya nak naik school,harini baru pegi hehe sorry my dear).

Asalnya nak gi tengok Blue Coral Aquarium kat bawah tu,memanglah awal2 dah tahu tak delah grand macam Aquaria Klcc.Sekali lahai....kecik je ruangnya,sekali pusing,eh dah habis?So amik pakej yang lebih berbaloi,dapat masuk Blue Coral Aquarium,naik ke KL Tower observation deck dan floor yang ada restoran berputar tu,dan dapatlah 3 botol air free.Gitula...,InsyaAllah will update the story in another post. :)

Maka dengan itu,tambah lah lagi koleksi fridge magnet dekat peti ais rumah (peti ais?).Haha...bolehlah.



Monday, October 6, 2014

Resepi Nasi Minyak bersama Ayam Masak Merah dan Acar.


Selamat Hari Raya Aidiladha to all my muslim friends :).

Masak apa?Hehe.
Tahun ni saya buat nasi minyak,ayam masak merah dan acar nenas timun.Nasi minyak ni dah kali ketiga saya buat.Kali pertama tawar.Kali kedua macam ada yg tak complete lagi pasal mengada guna beras biasa huhu.Alhamdulillah kali ni puas hati menjadi.Warna cantik rasa pun naik.Yang makan bagi komen nasi tu boleh dimakan macam tu saja pun dah sedap. Of course kalau makan sekali dengan ayam masak merah & acar lagi terangkat gitew.Hubby and anak makan bertambah2.Dapat hidangkan juga pada saudara.Paling best,end of the day periuk nasi licin direndam air,ayam masak merah pun sama.Acar pun sold out!Alhamdulillah :).

 

(A) Untuk Nasi minyak
Bahan-bahan:
4 cawan beras (*Saya guna beras Faiza Moghul Basmathi)
4 cawan air
1 cawan susu cair
2 kiub pati ayam
1 batang serai
4 biji buah pelaga
3 biji bunga cengkih
2 batang kayu manis
3 biji bunga lawang
4 sudu besar minyak sapi
1 ulas bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
Kismis
Garam

Cara memasak:
1) Beras direndam dalam 20 minit,kemudian tos dan biarkan sementara kita siapkan bahan rempah tumisnya.
2) Panaskan minyak sapi dalam kuali dan tumis buah pelaga,bunga cengkih,kayu manis dan bunga lawang.
(jika ada daun pandan boleh masukkan sekali).
Bau dah naik,masukkan bawang,halia,serai.
3) Tambahkan susu cair.Gaul2 sikit dan masukan kiub ayam.Dah sebati semua ramuan,matikan api dan masukkan dalam rice cooker.
4) Masukkan beras,gaul rata.Tambahkan garam sesedap rasa.Masukkan kismis.Masak macam biasa.
5) Setelah nasi dah masak,masukkan beberapa titis pewarna kuning.Gaulkan supaya warna tadi cantik menyaluti nasi :).
6) Biarkan rice cooker on lagi seketika sebelum dihidangkan.Taburkan bawang goreng untuk hiasan


(B) Untuk ayam masak merah.
Bahan-bahan:
10-12 ketul ayam (digoreng dahulu)
5 senduk bawang yang sudah dikisar
3 senduk lada kering yang sudah dikisar
1 1/2 inci halia
2 batang serai (diketuk)
satu tin kecil tomato puri
garam
gula

Cara memasak:
1) Panaskan minyak dan tumis bawang,cili & juga halia.Masukkan juga serai yang sudah diketuk
2) Dah agak garing sedikit,masukkan tomato puri.Kacau lagi.
3) Tambahkan air sedikit
4) Letakkan garam dan gula secukup rasa.
5) Masukkan ayam yang telah digoreng kunyit dulu tadi.Gaul rata.
6) Boleh dihias dengan kacang pis jika suka.


(C) Untuk acar pula
Bahan-bahan:
1 biji timun
1 biji carrot
1/4 nenas
1 biji bawang besar
cuka
garam
gula

Cara penyediaan:
1) Timun dibelah empat dan dipotong kecil2.
2) Potong nenas kecil2.
3) Bawang dihiris nipis
4) Parut carrot nipis.
5) Campurkan semua bahan,gaulkan dengan cuka,gula dan garam.
6) Masukkan dalam peti ais untuk rasa yang lebih enak.


Selamat mencuba! :)

Friday, September 19, 2014

Make up blog

Masih belum selesai lagi blog ni.

Header dah tukar.Bolehlah letak muka sendiri yang ala2 digital gitew.

Background sementara ni pink.Adeh mcm tak kena pulak pink ngan hijau ngan kuning ngan kaler2 ni.

Takpelah,at least ada movement. :)

Tanya je Uncle G,nak background kaler apa,corak apa,nak image jam,buku,frame...semua ada!
Lepas tu pandai2 lah susun.

I guna photoshop n illustrator setakat ni utk ubah balik header.

Suka tak?Suka tak?Suka tak?

.....Bolehlah! :-D

Blog Berhantu Haha!

Mak aiihhhh....tahun 2010 blog bersawang lepas 10 bulan tak update apa2 post.

Ini dah 4 tahun.Whatt??? 4 tahun? 4 years beb..4 years.
Memang cemerlang betul aku tulis blog.
Ni bukan bersawang lagi,dah berhantu ni hehehe.

Apapun,kali ni serius k.

Serius nak on balik blog ni.Tak kisah la apa cerita.
Tak percaya?sila tengok header atas tu yea.Dah tukar baru okey.Semangat2!

Tukar semua apa yang patut.Bagi fresh gitu.

Okey nak make up blog lagi.Sambung lagi nanti.Konpem sambung. :-)