Wednesday, January 13, 2010

HAPPY NEW YEAR!

Opsss...dah lama saya tak update blog ni dek kerana masa yang agak terhad kebelakangan ini.

Saya harap masih belum terlambat mengucapkan selamat tahun baru kepada anda semua.
Sebut tahun baru,mesti akan ada topik azam baru betul tak?So,apa azam tahun baru anda?

Apa kata saya senaraikan beberapa perkara menarik utk Mummy2 semua supaya masukkan agenda berikut ke dlm azam baru anda.Semestinya sesuatu yang positif utk pendedahan diri anda ke dunia Cyber :-)

1- Dapatkan berita2 terkini di suratkhabar online setiap hari.
2- Join forum2 online yang bnyk manfaat utk diri anda serta memberi bnyk pengetahuan atau menjadi medium utk anda bertukar2 pendapat.Cthnya seperti di forum www.wanitamelayu.com, www.cari.com,www.iluvislam.com,www.susuibu.com dan bnyk lagi.
3- Cuba fikirkan satu topik yang anda ingin tahu lebih lanjut ini dan pergi ke google.com.

Taipkan perkataan tersebut di dalam kotak yang kelihatan.Dan klik button Google Search.Apa yang anda jumpa.Contohnya,anda hendak mencari maklumat mengenai tips mengecat rumah.Taip kan saja dan klik Google Search.Anda akan jumpa banyak pautan2 yang berkaitan.
Hmmm...atau mungkin perkara tu anda malu nak bertanya dgn kawan2 atau saudara mara?Apa kata tanya saja di google.com.Contohnya: tips mengempiskan perut? :-D

Rasanya cukup 3 dulu.
Sebabnya rentetan dari 3 perkara di atas,jika anda lakukan..secara automatik anda akan tahu lebih banyak lagi perkara dan terdedah kepada lebih banyak lagi ilmu pengetahuan.Cubalah yea!

Selamat Tahun Baru! :-)

No comments:

Post a Comment