Wednesday, November 18, 2009

Bermesra dengan dunia 'cyber'

Komputer dah ada, internet pun dah ada. Apalagi?
Jawab nya " Macam-macam Adaaa" :-D.


Dunia cyber ni terlalu banyak maklumat yang kita boleh perolehi.Bukan saja untuk orang yang bekerja, student,korporat,malah surirumah juga.
Untuk kita para wanita juga melimpah2 maklumat2 yang ada di dunia cyber ini.
Sebut saja apa, tips kecantikan?penjagaan anak2?atau fesyen?rumahtangga?
Resepi?Hiburan? Buku2 motivasi?
Agama?

Pendapatan tambahan?

Waduhh bnyk sekali kalau nak di senaraikan.


Ada banyak website yang berinformasi utk kita klik dan baca isi di dalamnya.
Kalau anda selalu melawat blog saya ni, InsyaAllah saya akan berikan dari masa ke semasa laman web-laman web yang menarik utk kita semua lawati.

Buat permulaan...nak berita di hujung jari anda?
Senang je, boleh baca paper online. Saya mulanya terkejut juga kerana masih ramai kawan2 saya tak tau yang ada 'suratkhabar online'. Tapi itulah realitinya...masih ramai yang kurang terdedah dengan informasi yang boleh didapati dengan mudah saja di alam cyber ni.

Sebagai contoh,harini saya nak bagitau salah satu suratkhabar yang kita boleh baca secara online iaitu Utusan Malaysia.
anda boleh membacanya setiap hari di www.utusan.com.my.

Apa yang menariknya untuk saya kongsikan di sini ialah,
cthnya:
Hari ini anda beli di kedai runcit mamak suratkhabar Utusan Malaysia senaskhah.
bawa balik rumah atau office dan baca.
So semua informasi terkini (iaitu berita yang keluar semalam)..anda dah baca.
Yelah kalau berita keluar harini mana sempat nak cetak betul tak?

Tetapi jika anda rajin2kan diri baca online (dan jimat RM1.20 setiap hari) anda akan dapat banyak berita yang lebih terkini.

Contohnya cuba tgk 'screen shot' yang saya ambil di bawah ni. (sila klik pada gambar tersebut utk besarkan imej supaya anda dapat lihat dengan lebih jelas.)

Dalam bulatan merah besar tu ialah berita2 terkini yang sedang masuk.
Paling terkini ialah jam 9.28pm.
Dalam bulatan kecil pula ialah waktu di komputer saya ketika saya sedang membaca akhbar ini.Iaitu jam 9.33pm.

Haaa tengok, fresh betul berita tu..baru 5 minit :-).


Kalau ketika itu tengah bnyk berita hangat, mmg mudah kita dapat update dari masa ke semasa dgn mudah dan pantas.

So,
cuba2 lah baca suratkhabar online harini okayyy.

Nak lebih banyak pilihan boleh tengok di sebelah kanan blog saya ada senarai2 akhbar lain yang boleh anda baca dengan menjebakkan diri anda ke alam cyber ini :-D.

Selamat membaca dgn berita2 yang up to date!

No comments:

Post a Comment