Thursday, November 12, 2009

Bila aku berkenalan dengan...

Okay,
bersambung kembali.

pada yang arif tentang IT,atau mengenai komputer & aplikasinya, mahupun dunia cyber di internet..pesanan utk anda sudah tentunya saya tak kan menulis di blog ni mengenai pengaturcaraan(programming), kod HTML, membaiki perkakasan (hardware) dan lain2 perkara yang lebih teknikal.Kesian mummy2 kita tu betul tak?

Kita teroka dengan lebih santai dan menarik,serta mudah difahami okayyy :-D.

Oh ya, mungkin boleh cerita juga tentang diri saya sendiri dulu.Macamanan saya berkenalan dengan dunia IT ni.

Dulu masa zaman sekolah masa tu baru2 nak diperkenalkan dengan internet.Saya mmg blur (dan takut2).Komputer pun tak pernah guna. Berbanding dengan segelintir kawan2 saya (yang pd ketika itu boleh dikatakan lebih bekemampuan keluarganya)...mereka sudah pergi ke kelas komputer. Belajar menaip menggunakan perisian Microsoft Word, buat surat dan sebagainya.
Teringat lagi masa pergi ke rumah kawan saya ni, lajunya dia menaip! Saya nak pegang2 keyboard pun takut.
Itu baru cerita guna komputer saja, belum lagi internet nya.

Lepas tu saya teruskan pelajaran di salah sebuah Kolej Matrikulasi Sains. Di situ adalah beberapa kali belajar subjek komputer ni.Masa masuk dalam lab(makmal komputer), masing2 duduk depan komputer ( 1 komputer share dalam 2-3 org gitu).
Kami diberikan hand-out(ala-ala buku manual) utk buat latihan.

Memang terkial2. Daripada on kan cpu, on kan computer, bukak perisian dan mcm2 lagi.
Antara latihannya ialah menggunakan Microsof Word.
Saya masih ingat lagi kami ikut satu2 dalam manual tu,Open File, menaip gunakan tulisan jenis apa, langkau berapa baris.Kemudian berikan tajuk dokumen,selepas tu belajar Save File.
Masa tu pakai disket lagi.Save dalam disket.

Fuhh masa buat tu mmg takut2, yelah tak pernah guna komputer betul2, pegang mouse pun terkial2.
Masa tu ada seorang kawan kelas saya ni yang mahir.Dia anak seoarang pakar perbidanan (O & G). saya terfikir waktu itu, tentunya keluarga dia kaya dan dia berpeluang belajar komputer.Tapi yang bestnya..dia tak lokek ilmu. Setakat cikgu kami suruh buat file dalam Word..alahai kacang goreng celah gigi je utk dia. So masa yang lebih tu dia ajar kami semua.

Saya rasa selain faktor sosioekonomi family, mgkn juga faktor backgrund family itu sendiri.Macam kawan2 saya yang lebih advance dengan komputer masa tu kebanyakkannya jika bukan keluarga mereka lebih mewah, maka dia adalah anak bongsu, dimana ada kakak2 dan abang2 yang lebih advance sebagai contoh dan ikutan.Berbanding saya masa tu ialah anak sulung.dan mak ayah juga orang biasa2 serta tidak hingga ke peringat pelajaran yang tinggi.

Tapi takpe,
kalau tak belajar sampai bila nak tau kan.

Kalau takut2 nak pegang komputer tu, cuba mulakan harini..lap2 dulu ke tepi2 meja tu, lepas tu lap habuk2 dekat komputer, pegang2 mouse, tekan2 key-board.bagi panas badan dulu. Nak exercise ni, kenalah 'warm-up' kan? :-D


No comments:

Post a Comment