Monday, November 16, 2009

Internet, Dulu, Kini, dan Akan Datang...

Bertemu kembali :-)

Saya nak tulis sedikit di sini mengenai internet pula.

Sekali lagi kpd pembaca2 yang advance..pesanan untuk anda, saya tak kan tulis terlalu tekinikal di sini.

Saya suka menerangkan 'kisah internet' ini kpd kawan2.
Kita ambil tau serba sedikit apa itu Internet okayy?:-D

Sekadar nak memberi pengenalan mengenai talian internet kepada mummy2 semua.
Dari zaman pakai dial-up ingat tak..bunyi macam telefon masa nak dapatkan talian sampailah sekarang ada Broadband, WiFi, WiMax (potonggg je lah! :-D)

Secara amnya, Internet (singkatan perkataan bahasa Inggeris; inter-network) Rangkaian Pada Rangkaian yang menghubungkan berjuta-juta komputer di dunia.(sangat besar kan rangkaian ini?)

Ia adalah sebuah jaringan komputer yang terdiri dari berbagai macam ukuran & jenis jaringan komputer di seluruh dunia.
Jaringan2 ini berhubung & berkomunikasi antara satu sama lain melalui telefon & satelit menggunakan satu aturan(standard) yang dinamakan TCP/IP.
(TCP/IP adalah salah satu jenis protokol yg menghubungkan kumpulan komputer untuk berkomunikasi dan bertukar data didalam suatu network jaringan).
Dengan adanya internet maka kita dapat berkomunikasi dan bertukar maklumat antara individu dan manusia sejagat di seluruh dunia.


Bagaimana nak mendapatkan internet ini?

1) Mestilah ada Komputer (PC) atau laptop ke

2) Sesetengah handphone skrg juga boleh digunakan, begitu juga dengan palmtop atau PDA.
3) Modem-sama ada internal atau external

4) sambungan telefon

5) Internet Service Provider (ISP), cthnya seperti TM net, Celcom, Maxis dan beberapa lagi nama.


Opps...yang no.4 tu ~ sambungan telefon.
seiring dengan zaman yang semakin canggih dan 'very high-end' technology ni, mgkn juga anda sudah tidak perlu menggunakan talian telefon lagi.


Ok,

secara mudahnya perkembangan internet semasa mula saya kenal dulu (time belajar) sehingga kini ialah spt di bawah ni.


Dial-up ---> Broadband ----> Wireless Broadband & Wifi----> WiMax
~

Dial-up

~ Ia menggunakan talian telefon.
Setiap kali nak connect dengan internet ada nada bunyi dail..truutttt,eeeeiiiiiittt,ngiittttt :-D. Dan kalau tengah guna internet, maka telefon tak boleh nak guna.Sebab wayar telefon tu dicucuk pada CPU kita huhuhu.


Broadband(jalur lebar) boleh terbahagi kepada 2 iaitu:-
~
menggunakan homeline atau talian telefon tetap (cthnya Streamyx broadband -provided by Tm Net).

Mesti ada modem.Yang pasti mudah saja, on kan saja PC anda..terus boleh connect dengan internet. Antara contoh modem dan router:-

~ atau wireless broadband menggunakan talian telefon selular (Celcom, Maxis, Digi dan beberapa nama lagi..)


Wifi Vs WiMax

Wifi & WiMax ialah teknologi tanpa wayar(wireless) utk akses ke internet.
Nampak macam sama tapi tak serupa :-)
~ WiFi

WiFi ni lebih kepada penggunaannya utk menyambungkan komputer2 dalam jarak yang dekat seperti komputer2 dalam rumah kita,(tak kiralah kalau mummy guna PC, daddy guna palmtop, dan anak2 guna laptop ianya boleh dihubungkan ketika semua nak akses internet dalam rumah).
Begitu juga kemudahan WiFi di kafe2 siber atau Kopitiam cthnya.
Atau mana2 tempat yang kita nampak ada simbol WiFi.Maknanya kita boleh akses internet di kawasan tersebut.




~ WiMax
WiMax pula jauh lebih laju, sangat luas liputannya dan boleh digunakan lebih ramai orang dengan jarak2 yang lebih jauh.

Maksudnya ia boleh menghubungkan komputer dan internet ini sehingga meliputi sesebuah negeri atau negara.
Tentunya anda pernah melihat iklan salah satu syarikat di Malaysia yang menyediakan perkhidmatan WiMax di Malaysia iaitu P1 WiMax yang amat mencuit hati :-D




Di rumah saya mempunyai

~ Streamyx Broadband dengan menggunakan wireless modem cum router, di mana saya telah membina WiFi di rumah saya dan boleh mengakses internet sama ada di dalam bilik, di ruang tamu atau di luar balkoni.

~ Dan saya boleh menggunakan internet sama ada melalui PC saya, atau laptop, malah PDA saya juga :-)


Untuk travel, antara yang saya gunakan utk mengakses internet ialah

~ Celcom Broadband yang disambungkan ke USB port di laptop saya.
~ Atau dial-up modem dari handphone 3G saya (jenis nokia), dan sambungkan ke port usb nya ke laptop.

~ Menggunakan PDA saya yang berteknologi HSDPA / 3.5G utk mengakses internet di kawasan2 yang ada WiFi.



Anda pula bagaimana? :-)

No comments:

Post a Comment