Thursday, November 12, 2009

Mummy,Ibu,Mama,Ummi,Mak....dan dunia IT

Assalammualaikum & Salam sejahtera semua

Blog ini dibina untuk berkongsi pengalaman saya dalam dunia cyber ataupun dunia IT yang selalu orang dok sebut2 tu.Memandangkan masih kurang golongan wanita kurang mahir dengan dunia IT. Malah ada yang masih takut2 nak guna komputer (minta tolong anak buatkan). Yang saya maksudkan golongan ibu2 ni. Yelah sibuk dengan rumah lagi, anak2, suami,kerja dan lain2.Mana lah sempat nak godek2 kan eheheh.

Walaubagaimanapun jika dibandingkan dengan dahulu, kini semakin ramai wanita yang terdedah dengan dunia IT atau jadi member2 di alam cyber. Ada rakan2 nak chatting dan sebagainya. Malah tak kurang juga yang menjana pendapatan melalui internet dengan berniaga produk2 jualan seperti kecantikan & kesihatan, tudung, kain2 dsbgnya. Ataupun mungkin sekadar mencari maklumat.

Ikuti blog Mummy Cyber utk kita terokai bersama sedikit demi sedikit apa yang ada dalam dunia IT ni.

2 perkara pastinya terlibat iaitu Komputer + Internet!!!

Jumpa lagi! :-)

No comments:

Post a Comment